TRANSFORMASI KOMUNITI MELALUI PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Synopsis
Transformasi Komuniti melalui Pemindahan Teknologi menampilkan enam bab yang membawakan pelbagai inovasi teknologi bagi memperkukuh pembangunan komuniti dan pendidikan di Malaysia. Buku ini merangkumi topik pemantauan persekitaran dengan dron, inovasi Bee Modular Box yang berpotensi meningkatkan ekonomi penternakan kelulut, perangkap siput mesra alam untuk pertanian padi, serta sistem pengairan automatik sebagai peluang penjanaan ekonomi yang mampan bagi komuniti. Turut dibincangkan ialah penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem terbenam sebagai asas pendidikan generasi muda. Setiap bab menekankan aplikasi praktikal yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan, malah memberi impak langsung kepada masyarakat. Dengan gabungan teknologi pertanian, automasi dan pendidikan, buku ini menjadi rujukan berguna kepada pelajar, penyelidik, dan komuniti yang ingin memahami bagaimana pemindahan teknologi mampu mentransformasi cara hidup serta memperkasa kesejahteraan masyarakat.
Chapters
-
BAB 1KOMUNITI DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
-
BAB 2PEMANTAUAN PERSEKITARAN DENGAN TEKNOLOGI DRON
-
BAB 3KOTAK MODULAR LEBAH UNTUK PENTERNAKAN KELULUT
-
BAB 4KECERDASAN BUATAN DAN SISTEM TERBENAM UNTUK PELAJAR
-
BAB 5PERANGKAP SIPUT UNTUK PERTANIAN PADI LESTARI
-
BAB 6SISTEM PENGAIRAN AUTOMATIK UNTUK KEBUN KECIL
References
