SOLIDARITI SEJAGAT PERJUANGAN ISLAM DI PENTAS DUNIA
Synopsis
Apakah makna perjuangan tanpa solidariti? Dalam dunia yang penuh ketidakadilan dan penindasan, Solidariti Sejagat: Perjuangan Islam di Pentas Dunia mengangkat suara ummah untuk kembali bersatu memperjuangkan hak dan maruah, khususnya di bumi Palestin. Buku ini bukan sekadar paparan sejarah atau fakta politik, tetapi satu seruan emosi dan intelektual dalam membawa pembaca menyelami keberkatan bumi Palestin menurut al-Quran, memahami realiti penjajahan, meneliti nasib pelarian, serta merasai peritnya kehancuran institusi ilmu di Gaza. Disokong oleh analisis akademik daripada pelbagai disiplin, buku ini wajar dijadikan rujukan penting dalam wacana Islam kontemporari, hubungan antarabangsa dan pembangunan insan. Ia ditujukan kepada penyelidik, mahasiswa, pendidik dan aktivis kemanusiaan. Lebih daripada sekadar bacaan, buku ini merupakan seruan untuk bertindak menggerakkan hati dan mencabar minda agar tidak sekadar peduli, tetapi turut menyumbang secara aktif dalam perjuangan membela umat Islam. Ia hadir pada saat yang paling mendesak, sebagai manifestasi suara umat yang mendambakan perubahan, keadilan dan solidariti sejagat.
Chapters
-
BAB 1SOROTAN SOLIDARITI SEJAGAT
-
BAB 2PALESTIN DALAM AL-QURAN: KEBERKATAN, SEJARAH, DAN PERJUANGAN
-
BAB 3PALESTIN: DARI PENJAJAHAN KE PERJUANGAN MASA DEPAN
-
BAB 4PALESTIN DALAM DUNIA ISLAM MODEN: SOLIDARITI DAN PERJUANGAN
-
BAB 5PENGEBOMAN UNIVERSITI, SCHOLASTICIDE, DAN MASA DEPAN PENDIDIKAN DI GAZA
-
BAB 6TANGGUNGJAWAB UKHUWAH ISLAMIYAH TERHADAP PELARIAN
-
BAB 7SOLIDARITI NEGARA ISLAM: CABARAN DAN HARAPAN
-
BAB 8RESILIENSI SPIRITUAL ASAS KEMAJUAN SURVIVAL INSAN
References
