PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KE ARAH KESEJAHTERAAN INSAN
Synopsis
Buku ini merupakan kompilasi penulisan artikel yang bercirikan pengetahuan dan aplikasi berkaitan bidang psikologi dan kaunseling bagi menbantu meningkatkan kesejahteraan insan. Pada hakikatnya, bidang psikologi amat penting dalam membantu memahami personaliti, tingkah laku, emosi dan proses kognitif manusia, manakala bidang kaunseling pula dapat membantu pengamal kesihatan mental dalam meningkatkan kefahaman dan cakna terhadap kesejahteraan dan kebajikan masyarakat serta membantu ke arah peningkatan profesionalisme kaunseling.
Fokus penulisan buku ini adalah berkisar kepada penerokaan isu-isu psikologi, penerapan kaunseling terhadap masalah psikologi, penerokaan faktor emosi berdasarkan perspektif Islam, pembangunan kerjaya pelajar, kesejahteraan pekerja dan keluarga, kemahiran interpersonal, sokongan psikososial dan aplikasi kaunseling dalam membina kesejahteraan insan.
Chapters
-
BAB 1Pendekatan Psikologi dan Kaunseling ke arah Kesejahteraan Insan
-
BAB 2Emosi Takut dan Sedih dari Perspektif Psikologi Islam
-
BAB 3Pengaruh Ikatan Kekeluargaan Terhadap Kesihatan Mental Pelajar semasa Pandemik
-
BAB 4Kemahiran Interpersonal ke arah Membina Daya Tahan Wanita Rentan
-
BAB 5Kaunseling dalam Talian sebagai Sokongan Psikososial
-
BAB 6Intervensi Krisis terhadap Klien Berisiko Bunuh Diri
-
BAB 7Peranan Kaunselor terhadap Peningkatan Kesediaan Kerjaya dan Efikasi Kendiri Pelajar Universiti