PEMBANGUNAN SKIM STRATA DI MALAYSIA: PERATURAN, AMALAN DAN CABARAN

Authors

Salfarina Samsudin (ed)
Ainur Zaireen Zainudin (ed)

Synopsis

Buku Pembangunan Skim Strata di Malaysia: Peraturan, Amalan dan Cabaran ini mendedahkan beberapa penemuan signifikan hasil daripada penyelidikan oleh para penulis bagi tujuan menyingkap realiti pembangunan berstrata dalam    konteks yang mencakupi aspek perundangan yang terpakai, pelaksanaannya di  lapangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam mendepani isu-isu sejagat. Tumpuan khusus buku ini adalah terhadap penguatkuasaan perundangan pembangunan skim strata di Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, buku ini menjelaskan kepada para pembaca perundangan-perundangan yang berkaitan dengan skim strata serta perkembangannya. Amalan pembangunannya juga dikupas secara komprehensif di samping membincangkan isu dan permasalahan dalam pembangunan skim strata serta penyelesaiannya. Buku ini akan bermanfaat kepada para pembaca yang ingin mengetahui pembangunan skim strata, pengeluaran hak milik strata, penguatkuasaan dan pelaksanaan cukai petak, reka bentuk bangunan dan kemudahan bangunan bertingkat, pengurusan bangunan strata dan penamatan skim strata. Penerbitan buku ini adalah bertepatan dengan keperluan semasa yang mana ianya bersesuaian sebagai bacaan umum mahupun teks rujukan dan seterusnya  membantu pihak-pihak yang berkepentingan menambah pengetahuan dalam proses pembangunan skim strata dan aspek pengurusannya. Dengan memahami ciri-ciri bangunan yang mereka miliki atau diami melalui buku ini, diharap kesedaran mereka terhadap faktor-faktor keselamatan, pemeliharaan, perundangan, dan pembangunan yang relevan dapat ditingkatkan. Pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu dan cabaran semasa dapat memberi nilai tambah kepada perancangan masa hadapan yang lebih baik dan seterusnya memastikan bahawa setiap keputusan yang diambil adalah strategik serta memberi manfaat kepada semua pihak termasuk komuniti skim strata.

Chapters

  • BAB 1
    PENGENALAN KEPADA SKIM STRATA
    Salfarina Samsudin, Ainur Zaireen Zainudin
  • BAB 2
    CABARAN PENGELUARAN HAKMILIK STRATA MENGIKUT AKTA A1450
    Ainur Zaireen Zainudin, Khor Ting Shen, Robiah Suratman
  • BAB 3
    PERMOHONAN HAKMILIK STRATA KATEGORI BANGUNAN KHAS DI PERAK
    Nurul Sal Shabila Izanda, Nurulashikin Suid, Salfarina Samsudin
  • BAB 4
    PEMBANGUNAN SKIM STRATA SEBAGAI PANGSAPURI PERKHIDMATAN DARI PERSPEKTIF PEMBELI
    Aminah Mohsin, Ariyanti Murni Salleh, Norhidayah Md. Yunus, Siti Radiaton Adawiyah Zakaria
  • BAB 5
    KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN KIRAAN CUKAI PETAK BAGI PANGSAPURI PERKHIDMATAN
    Nazrul Shukri Ali, Norhidayah Md. Yunus
  • BAB 6
    PERSEPSI PENGHUNI TERHADAP KEPERLUAN ELEMEN REKA BENTUK KESELAMATAN KANAK-KANAK DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT
    Salfarina Samsudin, Muhammad Uzair Azizan, Sitiayu Zubaidah Yusuf
  • BAB 7
    KESESUAIAN REKA BENTUK TEMPAT LETAK KERETA DI KEDIAMAN BERTINGKAT
    Ahmad Kamil I’zzuddin Mohd Hussein, Aminah Mohsin, Nur Berahim
  • BAB 8
    SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN STRATA
    Abdul Halim Hamzah, Fatin Afiqah Md Azmi
  • BAB 9
    TAHAP KESEDARAN PEMILIK PETAK TERHADAP BIDANG KUASA TUNTUTAN KE TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA
    Salfarina Samsudin, Fatin Afiqah Md Azmi, Nurul Sal Shabila Izanda, Wong Siew Li
  • BAB 10
    GUNA PAKAI KAEDAH PENAMATAN SKIM STRATA DALAM PEMBANGUNAN SEMULA HARTA TANAH
    Farin Ain Ismail Kassim, Khadijah Husin, Maryanti Mohd Raid, Zafirah Ab. Muin

Published

10 March 2024

Series

Categories