BIOTEKNOLOGI DAN IMPLIKASINYA MENURUT SYARAK

Authors

Abdul Fatah A. Samad (ed)

Synopsis

Bioteknologi merupakan satu disiplin ilmu yang berkembang pesat pada masa kini. Bidang ini telah memacu perkembangan teknologi-teknologi baru khususnya dalam bidang perubatan, pertanian dan industri makanan. Di sebalik kemajuan yang dikecapi, terdapat aplikasi bioteknologi yang dilihat kontroversi dari sudut etika dan nilai syarak terutamanya apabila melibatkan prosedur manipulasi genetik, pengklonan dan teknologi DNA serta protein rekombinan.

"Bioteknologi dan Implikasinya Menurut Syarak" adalah sebuah karya penting yang menghubungkan dunia bioteknologi moden dengan prinsip-prinsip syariah Islam. Buku ini disusun dengan pendekatan merentasi disiplin ilmu (interdisciplinary) yang menggabungkan ilmu sains dan syarak serta menawarkan pandangan mendalam tentang bagaimana bioteknologi dapat diterima atau ditolak berdasarkan nilai-nilai syarak.

Setiap bab dalam buku ini disusun untuk membantu pembaca memahami konsep-konsep dasar bioteknologi serta perbahasan kajian kes dari aplikasi bioteknologi yang kontroversial, dan bagaimana prinsip syariah dapat digunakan untuk menilai perkembangan ini secara kritis.

"Bioteknologi dan Implikasinya Menurut Syarak" adalah sumber rujukan yang berharga bagi pelajar, penyelidik, dan masyarakat yang berminat untuk mengetahui hubung kait antara sains moden dan agama. Buku ini dapat menjadi inspirasi bagi mendorong kajian lebih lanjut yang melibatkan integrasi antara sains dan Islam.

Chapters

  • BAB 1
    PENGENALAN: BIOTEKNOLOGI DAN HUKUM SYARAK
    Abdul Fatah A. Samad
  • BAB 2
    BIOTEKNOLOGI PERUBATAN: MEMACU PERKEMBANGAN PERUBATAN MODEN
    Abdul Fatah A. Samad, Iqmal Asyraf Illias
  • BAB 3
    BIOTEKNOLOGI HAIWAN: MENGIMBANGI ANTARA KEPERLUAN DAN CABARAN
    Farah Hanis Juhari, Mohd Aizuddin Mohd Lazaldin
  • BAB 4
    BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN: MENJAMIN KESTABILAN RANTAIAN BEKALAN MAKANAN
    Nazrin Abd Aziz
  • BAB 5
    APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM PENENTUAN HUKUM BIOTEKNOLOGI PERUBATAN
    Muhammad Nazir Alias, Nasrul Hisyam Nor Muhamad, Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
  • BAB 6
    PANDUAN SYARAK DALAM APLIKASI BIOTEKNOLOGI MAKANAN
    Mohammad Naqib Hamdan

Published

13 August 2025

Details about the available publication format: ISBN

ISBN

Co-publisher's ISBN-13 (24)

978-983-52-2115-6